Powered by Blogger.
RSS

Monday, July 19, 2010

Sekitar Majlis Korban 2009











Sunday, July 4, 2010

PROGRAM KORBAN BERSAMA TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN (TAYT0 & HJH MAHAWA PILUS

Assalamualaikum wm.wb.

sahabat/saudara seiman,

Pada tahun ini saya akan meneruskan usaha melaksanakan program korban di tempat-tempat fakir miskin sama ada di luar negara dan di Malaysia. Tujuannya program ini ialah :


1. membantu umat Islam melaksanakan ibadah qorban dengan lebih selesa dan terurus.
2. memastikan agar fakir miskin/yatim mendapat haknya.
3. mencari dana untuk tabung TAYT.

tempat-tempat yang telah dikenalpasti :


MALAYSIA (harga sekitar RM380-RM400 satu bahagian lembu - termasuk segala kos pengurusan)

1. Tampin & Alor Gajah - 20 keluarga fakir miskin/yatim.
2. Jelebu - 60 keluarga fakir miskin
3. Sik, Kedah - 40 keluarga fakir miskin/yatim
4. Kota Bharu - 34 keluarga fakir miskin/yatim
5. Sempadan Thailand - 40 keluarga fakir miskin.


LUAR NEGARA (harga sekitar rm300 satu bahagian lembu, RM350 seekor kambing)

1. Cambodia - lebih 100 keluarga fakir miskin (di kawasan kampung pedalaman)
2. Indonesia - 70 anak yatim di Bogor.
3. Sudan.

CARA PENGURUSAN

Semua daging korban akan diuruskan oleh sukarelawan TAYT. Sekiranya terdapat keuntungan/lebihan wang akan disalurkan sebahagiannya akan disalurkan kepada:-

1. Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin,(makanan, pendidikan dan kebajikan anak yatim/fakir miskin)
2. Pembinaan telaga wakaf di Cambodia, Indonesia dan sempadan Pakistan.
3. Membantu pelbagai kerja kebajikan seperti pembinaan masjid, surau, sekolah agama/tahfiz.
4. Membantu membiayai kos pendidikan pelajar berpotensi yang tidak mampu ke peringkat IPTA/IPTS


BERMINAT?

Sila hubungi Hjh Mahawa melalui emel , nyatakan kawasan mana yang tuan/puan pilih. Mohon bantuan agar program ini dapat disertai oleh sahabat dan ahli keluarga yang juga berhajat untuk menyertai program Ibadah Qorban bersama TAYT & Hjh Mahawa


sekian, terima kasih.