Powered by Blogger.
RSS

Friday, March 30, 2012

Tempahan Baju Kurung

Salam,

saya ingin mencadangkan kepada sesiapa yang ingin menempah baju (sama ada baju kurung atau baju fesyen) agar menempahnya dari seorang asnaf saya yang mahir menjahit baju. Asnaf ini menjahit baju untuk butik tetapi upahnya adalah sangat sedikit dan dia memerlukan perbelanjaan untuk menampung keperluan anak-anaknya.

sesiapa yang tinggal di sekitar bandar baru bangi, kajang, dan kawasan berhampiran bolehlah memberi peluang untuk asnaf ini mendapatkan sumber pendapatan. Dia mahu berusaha sendiri dan saya sangat hormat dengan keputusannya. Kita boleh bantu dengan memberi dia peluang menjahit pakaian kita.

saya pernah mencuba beberapa pasang dan alhamdulillah, potongan dan jahitannya bagus (menurut keselesaan saya) dan harga sepasang baju kurung = RM40.00 (tanpa lining)

berilah peluang kepada asnaf saya ini.

nama : Puan Maslidah
no tel : 0166229415
rumah : council home, seksyen 6 Bandar Baru Bangi

Thursday, March 15, 2012

MAJLIS USAP KEPALA ANAK YATIM - ANJURAN TAYT DI SURAU AL -IKHLAS BDR BARU BANGI
























NAMA MAJLIS : MAJLIS USAP KEPALA ANAK YATIM SEMPENA 10 MUHARRAM
TARIKH : 10 MUHARRAM 1432/6 DISEMBER 2011
TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS BANDAR BARU BANGI.
PENGANJUR : TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) DENGAN KERJASAMA MUSLIMAT SURAU AL-IKHLAS.
JUMLAH ANAK YATIM & ASNAF YANG HADIR : 120 ORANG.
JUMLAH PENDERMA : TIDAK TERHITUNG SAMA ADA YANG HADIR DI MAJLIS ATAU YANG KIRIM MENGIRIM. TERMASUK TETAMU DARI SINGAPURA.


SETIAP ANAK YATIM/MISKIN MENDAPAT SUMBANGAN RM70.00-80.00 SEORANG.
IBU TUNGGAL JUGA MENDAPAT BANTUAN (DARI DERMA ORANG RAMAI)
ASNAF JUGA MENDAPAT SUMBANGAN DARI ORANG RAMAI
JAMUAN MAJLIS DITAJA OEH : MAKCIK ZARIDA (MENYUMBANGKAN SEEKOR LEMBU) DAN MASAKAN DIURUSKAN OLEH MUSLIMAT SURAU A- IKHLAS, MENU TAMBAHAN OLEH BEBERAPA DERMAWAN DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.

PENILAIAN MAJLIS : SANGAT BERJAYA (DARI SEGI MENGHIDUPKAN AMALAN SUNNAH, KERJASAMA, SEMANGAT KESUKARELAWANAN, UKHWAH, SEMANGAT MEMBANTU, BERSEDEKAH DLL)


KEPUTUSAN : INI ADALAH KALI KE-2 MAJLIS DIADAKAN DAN AKAN MENJADI ACARA TAHUNAN DI SURAU INI. - INSYA-ALLAH.

TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA, WANG, TENAGA, MASA, IDEA DLL. ALLAH JUA YANG MEMBALASNYA. SEMOGA SEMUA YANG TERLIBAT AKAN DIANUGERAHKAN SYURGA FIRDAUS. AMEEN.

DARI SAYA, HAMBA ALLAH:-

MAHAWA BINTI PILUS
(PENGASAS TAYT) - SERVANT OF ALLAH.

Tuesday, March 13, 2012

Sumbangan dari UNILEVER untuk fakir miskin di seluruh Malaysia termasuk Cambodia.

Salam,

Sumbangan ini diperoleh dari pihak UNILEVER untuk fakir miskin seluruh Malaysia termasuk Cambodia. Terdapat 130 keluarga dari Sungai Besar Selangor yang menerima sumbangan ini.

































Terima Kasih kepada pihak UNILEVER atas sumbangan yang diberikan.








Sumbangan dari UNILEVER untuk Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin

Salam,

TAYT memberikan sumbangan bubur yang ditaja oleh UNILEVER untuk anak yatim dan fakir miskin di Kulim kedah.


Sukarelawan TAYT cikgu Yatim sedang memindahkan bubur ke lori untuk di bawa ke Kulim - sehingga larut malam mereka masih bekerja.

Urusan dijalankan selepas Isyak hingga jam 11 malam.





Proses memindahkan sumbangan ke lori Kulim.




Proses memindahkan barangan ke lori.







Sukarelawan sedang bertugas.


Terima Kasih kepada pihak UNILEVER atas bantuan dan sokongan yang diberikan.