Powered by Blogger.
RSS

Sunday, June 16, 2013

PROJEK SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM/FAKIR MISKIN & ASNAF ZAKAT SEMPENA RAMADHAN DALAM BENTUK BARANGAN MAKANAN UNTUK BERBUKA PUASA

Projek Tahunan TAYT iaitu projek berbuka puasa untuk anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat di seluruh Malaysia dan beberapa Negara terpilih .


Sumbangan daripada dermawan diperlukan dalam bentuk wang tunai atau makanan.

TAYT akan membuat agihan mengikut jadual di bawah.

Setiap keluarga akan menerima barangan makanan dengan anggaran RM100-150 berdasarkan jumlah isi rumah.

JADUAL PERANCANGAN AGIHAN BARANG MAKANAN BERBUKA PUASA
(BARANG DAPUR)

 

 BIL
 KAWASAN
 JUMLAH KELUARGA
 SUKARELAWAN BERTUGAS
 TARIKH SERAHAN
 TEMPAT
 1
 Tampin/Alor Gajah/Gemencheh

/Rembau
 60
 Hjh Mariam Pilus (Tel: 0172878427)
 10 Julai = 1 Ramadhan
 Rumah Pusaka Ibu, Kg Pulau Sebang. Tampin
 2Bandar Baru Bangi/Kajang 40 Hjh Khuzaimah
(Tel: 012-609-3358)


13 Julai = 4 Ramadhan
 Surau Al-Ikhlas Seksyn 4 Tambahan, BBBangi
 3
 Cheras
 25
Hjh Marbiah Hj Mansor (Tel: 017-2026165)
14 Julai = 5 Ramadhan
Taman Jaya. Cheras
 4
 Wangsa Maju
 15
 Hjh Siti Harlina Ayob (Tel: 0132526640)
 20 Julai = 10 Ramadhan Danau Kota
 5
 Kulim
 25
 Cikgu Md Yatim Abu Samah (tel: 019-4443577)
 21 Julai = 11 Ramadhan
Kilang Lama, Kulim 
 6
 Bachok
 40
 En. Ariffin
 21 Julai = 11 Ramadhan
 Bachok
 7
 Kota Bharu
 35
 Hjh Salema Ahmad (Tel: 013-9496982)
 21 Julai = 11 Ramadhan
 Kg. Salor, Kota Bharu
 8
 Seremban/Rembau
 30
 Puan Siti Norlaila bt Md Isa (06-7629716)
 20 Julai =10 Ramadhan
 Kg Nyiur, Seremban
 9
 Sik, Kedah
 20
 Ust Ismail Mahmud (Tel: 0134884814)
 13 Julai = 4 Ramadhan
 Pondok Teloi Tua, Sik
10
PALESTIN
5
Mahawa Pilus (016-3283909)
20 Julai = 10 Ramadhan
BANGI
11
Cambodia
40
Mahawa Pilus (016-3283909)
12 Julai = 3 Ramadhan
Kg. Champ


12 Bogor, Indonesia 150 orang Mahawa Pilus (016-3283909) 24 Julai = 15 Ramadhan Bogor, Indonesia.

Maklumat lanjut boleh hubungi Puan Mahawa binti Pilus. 0163283909, atau emel maya2abd@yahoo.com.my Mohon penderma berhubung terus dengan Pengasas TAYT agar agihan dapat diberikan sama adil kerana ada kawasan yang dapat sumbangan banyak, ada kawasan yang tidak dapat, jadi pengasas TAYT akan selaraskan agar semua orang dapat bahagian masing-masing


Yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS
PENGASAS TAYT.
10 Jun 2013




GAMBAR NI IALAH GAMBAR SEORANG MUALAF BERBANGSA CINA (SABAH) MEMPUNYAI 7 ANAK DAN APABILA MASUK ISLAM, BERPISAH DENGAN SUAMINYA. KEMUDIAN DIA BERKAHWIN DENGAN SEORANG MUALAF BERBANGSA INDIA. MEREKA SEMUANYA MISKIN, MALANGNYA SUAMI BARUNYA MENINGGAL 3 BULAN LEPAS. MUALAF INI NAMANYA DIANA. MISKIN DAN SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN. SETAKAT HARI INI TAYT DAH MEMBANTUNYA SECARA TETAP LEBIH DARI SETAHUN.


Thursday, March 7, 2013

Wakaf rehal untuk sekolah maahad

Salam,






kepada para dermawan/tuan-puan/sahabat-sahabat,



sekolah maahad tarbiyah al ismlamiyah (matri) di perlis memohon bantuan saya mengusahakan wakaf rehal untuk sekolah mereka.



keperluan mereka ialah sebanyak 900 buah namuan setakat ini saya hanya mampu mewakafkan 200 sahaja.



justeru itu, saya memohon agar tuan/puan yang mempunyai kelebihan rezeki dan berhajat untuk melaksanakan ibadah wakaf mewakafkan rehak untuk sekolah ini.



harga RM35.00 (termasuk kos urus dan kos lori) sebuah. tuan/puan boleh sms kepada saya 016-3283909 untuk mewakafkan rehal dengan menyatakan berapa buah yang tuan/puan ingin wakafkan. atas kerjasama tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih.



yang benar,



Mahawa Pilus



Pengasas Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tapin (TAYT)

Sunday, June 17, 2012

PROGRAM BUKA PUASA UNTUK ASNAF

TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) akan meneruskan program tahunan kami iaitu buka puasa untuk asnaf. Golongan asnaf yang akan menerima sumbangan berbuka puasa ialah: anak yatim, fakir miskin, balu, mualaf, pelajar –pelajar, dan orang-orang yang memerlukan. Setiap keluarga akan diberikan satu bungkusan barangan makanan kering yang bernilai RM100.00 Barangan tersebut antara lainnya ialah : beras, gula, minyak, tepung, bihun, milo, gula, susu, kurma, ikan bilis dan beberapa barangan lagi. Agihan akan bermula pada 1 Ramadhan . Pengumpulan dana/sumbangan akan bermula sekarang. Sukarelawan TAYT sudah siap bersedia untuk bertugas. Jadual perancangan TAYT seperti di bawah:-

BIL
KAWASAN
JUMLAH
KELUARGA ASNAF
CATATAN
1.
Tampin & beberapa kampung sekitarnya
50
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Mariam & permbantu 2. Belum ada penaja
2
Bandar Baru Bangi & kawasan sekitarnya
Nota : Kemiskinan Bandar
40
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Khuzaimah & rakan-rakan. Belum ada penaja
3
Kota Bharu, Kelantan
35
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Salema Ahmad & pembantu2. Belum ada penaja
4
Bachok, Kelantan
40
Sukarelawan bertugas : Pn. Noor Hasni & Pakcik Ariffin. Belum ada penaja
5
Wangsa Maju, Kuala Lumpur,
Nota : Kemiskinan Bandar
15
Sukarelawan bertugas : Cikgu Siti Harlina
Telah ditaja oleh dermawan dari Kota Damansara
6
Bandar Tun Razak, Cheras.
Nota : Kemiskinan Bandar
30
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Marbiah & Hj Bunyamin. Belum ada penaja
7
Kulim, Kedah
25
Sukarelawan bertugas : Cikgu Mohd. Yatim & pembantu. Belum ada penaja
8
Melaka
25
Sukarelawan bertugas : Pn. Maimunah & pembantu. Belum ada penaja
9
Sik, Kedah
40
Sukarelawan bertugas : Ustaz Ismail Mahmud & pembantu. Belum ada penaja
10
Cambodia
50
Sukarelawan bertugas : Ustaz Fikri Soleh & pembantu. Belum ada penaja
11
Palastine
20
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Mahawa & pembantu. Belum ada penaja
PENYELARAS PROGRAM/PENGASAS TAYT
PN. HJH MAHAWA PILUS: 016-3283909

Tuesday, June 12, 2012

SALAM RAMADHAN : PROGRAM SEDEKAH BERBUKA PUASA KEPADA ASNAF

Salam,

Para dermawan yang dirahmati Allah,

Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin (TAYT) akan mengadakan program berbuka puasa seperti tahun-tahun lalu. program ini adalah seperti berikut :


Tarikh :1 Ramadhan - 29 Ramadhan


Penerima : kumpulan asnaf : Fakir, Miskin, Yatim, Balu, Mualaf dan mereka yang memerlukan.


Tempat : Tampin, Melaka,Bangi, Wansa Maju, Sik, Kelang, Kota Bharu, Bachok, Kulim dan


beberapa tempat lagi. (malaysia)/


Liuar Negara :Bogor,Cambodia, Palastine.


bekalan makanan yang diberikan: ,makanan kering (beras, minyak, dll barangan dapur) serta kurma.
Jika ingin membayar fidyah boleh diuruskan tanpa sebarang upah tetapi mesti diberikan paling lewat seminggu sebelum ramadhan.







Jika berhajat boleh hubungi:-






Mahawa Pilus


(Pengasas TAYT)


016-3283909.

Thursday, May 17, 2012

PENGUMPULAN WANG SYUBAHAT @ INTEREST BANK UNTUK MEMBINA SUSUR GAJAH

Salam,







Kepada sahabat-sahabat dermawan sekalian,






sebuah pusat pengajian islam yang mempunyai pelajar sekitar 1000 orang menghadapi kesulitan kerana terpaksa melalui laluan yang tidak berbumbung dan basah ketika hari hujan dari asrama ke bilik kuliah. saya mencadangkan jika ada sesiapa yang sudi melupuskan wang dividen/syubahat/interest bank untuk tujuan PEMBINAAN SUSUR GAJAH di pusat pengajian tersebut saya sangat berbesar hati untuk mengumpulkannya dan membina susur gajah tersebut.






pengalaman saya di sebuah sekolah 2 tahun lalu saya berjaya (dengan izin Allah) mengumpulkan wang dividen/syubahat/interest bank dalam tempoh 1 minggu dan berjaya membina sebuah susur gajah yang berharga RM40,000.00. sekarang susur gajah itu digunakan seramai lebih dari 1000 pelajar setiap hari.


mungkin tuan/puan berasakan bahawa tidak ada pahala untuk bersedekah dengan menggunakan wang tersebut, saya telah berbincang dengan beberapa orang guru agama yang pengkhususannya ialah bidang syariah. dan saya berasa sangat gembira kerana pahala yang lebih besar menanti kita kerana SA MIK NA WA ATOK NA (aku dengar aku patuh) - maka melupuskan wang syubahat tersebut adalah memenuhi perintah Allah, maka tidak kah Allah nampak kepatuhanan kita? Kita sedang berusaha menjadi hamba yang ber TAQWA. Alhamdulillah..






sekiranya tuan/puan hendak melihat susur gajah yang telah saya dan rakan-rakan usahakan dengan bantuanNya, bolehlah hubungi saya. Saya akan bawa melihat sendiri. sekitar bandar baru bangi sahaja.






Mohon tuan/puan memanjangkan hajat pelajar2 (kepada sahabat/ahli keluarga) ini yang sudah bertahun-tahun basah untuk ke kelas bila hari hujan dan berpanas ketika panas terik. Mohon jasa baik, fikir-fikir dan bertindaklah hari ini.






untuk penjelasan sila hubungi saya sendiri.






MAHAWA PILUS


Pengerusi Dewan Muslimat


Surau Al-Ikhlas


Bandar Baru Bangi.


016-3283909

Sunday, April 15, 2012

DERMA PEMBANGUNAN SURAU AL -IKHLAS BANDAR BARU BANGI






Assalamualaikumwm wbt,

sahabat-sahabat dan para dermawan yang dirahmati Allah,

Surau Al-Ikhlas Seksyen 4 Tambahan memerlukan bantuan kewangan untuk membaiki surau yang sudah uzur. Proses pembinaan sedang giat dijalankan walaupun dana masih tiadk mencukupi. Keperluan RM700.00 tetapi sehingga ini kami hanya memperoleh sekitar RM100 ribu tetapi pembinaan diteruskan juga dengan doa dan usaha agar Allah mencukupkan keperluan kami.

Pembinaan ini bukan sekadar membesarkan surau tetapi juga membina sebuah sekolah tahfiz untuk sekolah rendah yang bersambung dengan surau. RM700.00 di Bandar Baru Bangi bukanlah surau yang mewah, hanya sekadar selayaknya sebuah rumah sederhana kerana kos di sini tinggi.

kepada mereka yang telah menderma diucapkan ribuan terima kasih dan bolehlah lihat sendiri progress pembinaan surau ini di dalam gambar yang saya lampirkan. Jkka berhajat untuk menambah sumbangan, amat dialu-alukan.



bagi yang belum menderma dan berhajat berbuat demikian bolehlah menghubungi saya.

tuan/puan juga boleh membantu saya memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan/sahabat/ahli keluarga agar usaha mendapatkan dana lebih cepat. kami amat memerlukan surau ini sebelum Ramadahan menjelma.

semoga usaha dan derma tuan/puan akan menjadi amal soleh yang diterima ALLAH swt.

terima kasih.

MAHAWA BINTI PILUS.
Pengerusi Dewan Muslimat,
Surau Al-Ikhlas,
Bandar Baru Bangi.
016-3283909