Mungkin terbayang didalam fikiran tuan/puan bahawa mereka tersangat dhaif berdasarkan selalunya gambaran yang dibuat terhadap kediaman mereka. Sebenarnya mereka tinggal di rumah sewa yang tediri daripada rumah murah kerajaan yang disewakan sekitar rm250 - rm300 sebulan.
Rumah mereka dalam keadaan agak baik, ada perabot (peninggalan arwah atau dihadiahkan oleh dermawan-dermawan) TETAPI mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan seharian.
Sekiranya tanggapan tuan/puan mereka tinggal dalam rumah kotak, tanpa api,air maka itu adalah kemungkinan gambaran rumah anak yatim tempat lain. Hampir semua rumah anak yatim yang dibantu oleh TAYT berada dalam keadaan agak baik.
Pernah juga kami menghadapi masalah rumah yang sangat dhaif, dan kami sudah berurusan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Alhamdulillah masalah rumah tersebut telah diatasi. Mereka sebenarnya tidak mempunyai wang yang cukup. Kes di Kuala Lumpur, gaji RM700 sebulan, sewa rumah RM600 anak 5 (semua bersekolah rendah)..jadi bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment