Powered by Blogger.
RSS

Thursday, November 13, 2008

KEPERLUAN TERKINI

TAYT sedang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dengan nama baru : PRIHATIN (Persatuan Pembela Anak Yatim dan Fakir Miskin) kerana fungsi TAYT kini sudah menjangkau hampir ke seluruh Malaysia tidak termasuk Palestine.

Keperluan Mendesak :

Kempen ' BACK TO SCHOOL"

Anggaran Perbelanjaan :

200 orang anak yatim dan fakir miskin.
1. Pakaian sekolah (lengkap) * = RM200 sepasang X 200 orang = RM40,000
2. Bantuan Pendidikan untuk permulaan sekolah = RM50 seorang X 200 orang = RM10,000
JUMLAH KEPERLUAN = RM 50,000

Lengkap bermaksud :
1. sepasang tudung (bagi perempuan)
2. Anak tudung
3. Baju sekolah
4. Kain/seluar sekolah
5. Stoking
6. Kasut
7. Beg sekolah

HUBUNGI PENGASAS TAYT

Puan Hajah Mahawa Bt Hj. Pilus
No 28, Jalan 4/11C, Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tel : 0389254979, 016-3283909

Email -
maya2abd@yahoo.com.my

Tuesday, November 11, 2008

SUKARELAWAN TAYT

TAYT terhutang budi kepada sukarelawan- sukarelawan yang bekerja keras untuk membantu anak-anak yatim miskni tanpa jemu dan tanpa bayaran. Mereka ialah:

1. Puan Mariam binti Hj. Pilus - 06-4431270 (Tampin - tonggak TAYT dari segi tenaga)
2. Puan Maimunah binti Hj. Pilus - 06-3350070 (R), 012-3857554 (Melaka)
3. Puan Hajah Rohana Binti Kamaruddin - 013-2259105 (Bandar Baru Bangi)
4. Puan Noor Hasni binti Muhamad - 012-6725638 (UNITEN/ Bandar Baru Bangi)
5. Puan Siti Harlina binti Ayob - 013-2526640, 03-40235246 (R) (Danau Kota, KL)
6. Puan Zaiton binti Othman - 012-6751563 (Wangsa Maju)
7. Dr. Hj. Rosli B. Yacob - 03-89254979 (Bandar Baru Bangi)
8. Ustaz Azmi - 0125550605 (Taiping)
9. Pn. Hjh. Salema Bt Ahmad - 0139496982 (Kota Bharu, Kelantan)
10. Pn. Hjh Zaida binti Zakaria - 013-3608035 (Bandar Baru Bangi)

DIARI ANAK YATIM TAYT

1. Mengikut kursus Didik UPSR anjuran Berita Harian dengan dibiayai sepenuhnya oleh MIDF (16-18 Ogos 2008)

2. Mendapat johan hafazan 1 juz bagi anak yatim yang dibiayai yuran tahfiz di sekolah Tahfiz Pembangunan Ummah Kampar Perak (Ogos 2008)

INGIN MENYUMBANG?

Bentuk barangan :

(makanan asas, perabot, pakaian dll - kami membantu mana-mana rumah anak yatim yang memerlukan perabot dan pakaian). Berikan kepada sukarelawan/wakil TAYT yang paling mudah tuan/puan hubungi.

Wang tunai:

Serahkan kepada sukarelawan/Hjh Mahawa sendiri secara tunai atau bank in. (sila hubungi mereka untuk no. akaun)

Sumbangan akan diserahkan kepada penerima mengikut niat tuan/puan. Akaun ini telah dikhususkan untuk infaq sahaja.

EKSPRESI MASYARAKAT - Betulkan tanggapan anda

Mungkin terbayang didalam fikiran tuan/puan bahawa mereka tersangat dhaif berdasarkan selalunya gambaran yang dibuat terhadap kediaman mereka. Sebenarnya mereka tinggal di rumah sewa yang tediri daripada rumah murah kerajaan yang disewakan sekitar rm250 - rm300 sebulan.

Rumah mereka dalam keadaan agak baik, ada perabot (peninggalan arwah atau dihadiahkan oleh dermawan-dermawan) TETAPI mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan seharian.

Sekiranya tanggapan tuan/puan mereka tinggal dalam rumah kotak, tanpa api,air maka itu adalah kemungkinan gambaran rumah anak yatim tempat lain. Hampir semua rumah anak yatim yang dibantu oleh TAYT berada dalam keadaan agak baik.

Pernah juga kami menghadapi masalah rumah yang sangat dhaif, dan kami sudah berurusan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Alhamdulillah masalah rumah tersebut telah diatasi. Mereka sebenarnya tidak mempunyai wang yang cukup. Kes di Kuala Lumpur, gaji RM700 sebulan, sewa rumah RM600 anak 5 (semua bersekolah rendah)..jadi bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan..?

SIAPAKAH YANG MEMBIAYAI TAYT?

1. Dermawan-dermawan yang enggan dikenali - mengikut ikhlas dan bila-bila masa mereka tergerak hati untuk bersedekah

2. Sukarelawan-sukarelawan yang membuat perniagaan kecil dan keuntungannya diserahkan kepada TAYT - sekitar RM300 sebulan.

3. Ahli keluarga Hajah Mahawa dan kenalan rapat beliau.

Monday, November 10, 2008

KOS PENGURUSAN

Kos Pengurusan (bulanan)
*** Kos pengurusan tidak menggunakan wang yang disumbangkan oleh penderma. Ditanggung oleh keluarga Hajah Mahawa Pilus.

CARA PENGAGIHAN

Semua keluarga diberi bantuan tetap 2 minggu sekali;

- Beras, Gula pasir, Minyak Masak, Biskut, Kicap, Tepung, Bihun, Milo, Teh dan lain-lain
- (Anggaran RM200 sebulan)

Setiap hari Puan Marian akan memberkalkan makanan bermasak kepada anak-anak yatim (kuih,mee goreng dan sebagainya) kepada kumpulan anak yatim berhampiran rumah sekitar 2km.

Manakala sumbangan tetap akan dihantar pada setiap hari minggu kepas 12 buah keluarga mengikut giliran.

TAYT juga membekalkan pakaian terpakai dan sebagainya kepada keluarga anak yatim yang memerlukan. Pada awal musim persekolahan TAYT membiayai sebahagian kos membeli pakaian dan peralatan sekolah (baru) dalam bentuk wang tunai. Tetapi sudah ditetapkan pembelian di kedai-kedai tertentu yang mahu memberikan diskaun khusus untuk anak-anak yatim ini. Jumlah sumbangan mengikut bilangan anak yatim yang bersekolah. Sekitar RM200 - RM250 bagi setiap keluarga,

KRITERIA ANAK-ANAK YATIM TAYT

TAYT hanya memfokuskan anak-anak yatim yang memenuhi kriteria berikut;

  • Kematian bapa
  • Berumur 12 tahun ke bawah (anak perempuan), 15 tahun ke bawah (lelaki) - belum baligh
  • Bagi ahli keluarga yang berusia lebih dr yang ditetapkan di atas, dikira sebagai fakir miskin
  • Miskin (pendapatan RM600 ke bawah sebulan di kampung, RM1000 di bandar dengan anak lebih dari 2 orang)
  • Tinggal bersama ibu/nenek/penjaga
  • Membantu sekadar mampu - minimum sekeping kuih seorang setiap hari (termasuk hari Sabtu dan Ahad)
  • Bantuan diberikan walaupun anak yatim tersebut mendapat bantuan dari Pusat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

KUMPULAN ANAK YATIM YANG MENERIMA BANTUAN

Banyak orang nampak dan memberi perhatian kepada anak yatim yang tinggal di rumah-rumah anak yatim persendirian atau yang ditubuhkan oleh NGO/kerajaan, namun perhatian terhadap anak-anak yatim yang tinggal di rumah sewa bersama ibu/nenek/penjaga kurang mendapat perhatian dan terabai. Oleh itu, TAYT ingin memberi sedikit ruang bernafas bagi mereka yang sangat memerlukan tetapi tidak mahu meminta- minta.

OBJEKTIF ASAL TAYT

  • Memberi makan anak-anak yatim dengan sekeping kuih sebagaimana saranan Nabi SAW bersedekah dengan separuh kurma atau sebuku roti.

TUJUAN PENUBUHAN BLOG

Saya merupakan wakil kepada pengasas Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin (TAYT) menubuhkan blog ini adalah untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan sokongan dan bantuan tidak kira dalam bentuk apa jua pun..
Selain itu tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu saudara/saudari yang ingin menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin secara 'direct' dan cepat.

BAGAIMANA TAYT BERMULA?

TAYT ini ditubuhkan pada Oktober 2007. Pengasasnya, Pn. Hjh Mahawa Pilus bersama seorang sahabat Pn. Hjh Rohana kamaruddin dengan sumbangan RM20 sebulan iaitu dana permulaan ialah RM40 sebulan dan Puan Mariam Pilus (kakak Puan Hajah Mahawa) pula bertindak sebagai jurumasak dan menghantar makanan iaitu sekeping kuih setiap hari kepada 5 orang anak yatim dari dua buah keluarga di Tampin.