Powered by Blogger.
RSS

Sunday, November 28, 2010

Sat, November 27, 2010 4:24:25 PMJEMPUTAN :MERAIKAN ANAK YATIM (USAP KEPALA)

Salam

para dermawan/sahabat sekalian.

salah satu amalan sunat pada 10 Muharam ialah menyapu kepala/rambut anak-anak yatim. Untuk mencari anak yatim mungkin agak sukar kerana kebanyakan yang ada di rumah anak yatim bukan lagi anak yatim, kebanyakannya sudah melepasi usia baligh. Untuk memudahkan amalan sunnah ini, saya dan TAYT (Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin) dengan kerjasama muslimat surau Al-Ikhlas seksyen 4 Bandar Baru Bangi akan mengumpulkan anak-anak yatim di surau kami. Jumlahnya seramai 25 orang (anggaran). sehubungan itu, tuan/puan boleh turut sama dalam majlis ini kerana memang diatur agar masanya ialah pada waktu "lunch time" supaya memberi ruang kepada mereka yang bekerja turut sama melaksanakan ibadah ini. atur cara adalah seperti di bawah:-

MAJLIS MERAIKAN ANAK YATIM SEMPENA 10 MUHARRAM

Tarikh : 10 Muharam (16 Disember 2010)
Tempat : Surau Al-Ikhlas sekysen 4 bandar baru bangi
Masa : 11.30 pagi - 2.00 petang (tamat sebelum solat zohor)

Atur cara majlis :

11.30 pagi : kedatangan anak yatim (anggaran 25 orang)
12.00 t/hari : ucapan/kata-aluan/taklimat perjalanan majlis
12.05 t/hari
- upacara/aktiviti mengusap rambut anak yatim
- penyampaian cenderamata utk anak yatim
- penyampaian sumbangan wang tunai utk balu dan fakir
miskin
12.40 t/hari : jamuan ringan

1.10 t/hari : solat zohor
bersurai

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYERTAI ACARA INI?

1. Semasa hadir, sila bawa RM1.00 atau RM2.00 untuk disedekahkan kepada setiap orang anak yatim. (jika mampu masukkan dalam 25 sampul - macam hari raya atau beri tanpa sampul pun tidak apa)
2. kamia akan atur anak2 ini agar berbaris dan penderma juga akan berbaris agar apabila anak-anak ini berjalan, semua orang dapat giliran memberikan sumbangan dan mengusap rambut mereka. sewaktu mengusap rambut anak-anak ini, hulurkan sumbangan anda.

3. jika berhajat untuk sedekah lain.

3.1 TAYT menyediakan hadiah yang berupa stoking dan alat tulis untuk memulakan persekolahan kepada 25 orang anak ini, jadi jika ingin menyumbang masukkan dalam kotak yang kami sediakan. Nilai sedekah tidak ditetapkan , ikut ikhlas, walaupun RM1.00 diterima.

3.2 TAYT juga akan menyampaikan sumbangan RM150.00 - RM200.00 kepada balu dan fakir miskin yang dijemput. Tujuaannya untuk mengamalkan amalan sunnah iaitu bersedekah kepada fakir miskin pada 10 Muharaam dan ini akan membantu mereka bersedia untuk perbelanjaan sekolah anak mereka pada tahun depan. Dijangkakan seramai 12 orang balu/fakir miskin akan hadir. TAYT sudah sediakan wang dalam sampul, sekiranya tuan/puan ingin menyumbang, masukkan saja wang dalam kotak yang kami sediakan, ikut keikhlasan tuan/puan.


NOTA : BAGI PERKARA 3 (3.1 & 3.2) pihak kami tidak memaksa - terpulang kepada sesiapa yang ingin menambah amal. semua wang yang terkumpul akan digunakan untuk keperluan/kebajikan anak yatim dan fakir miskin.

sila maklumkan jika tuan/puan ingin hadir bersama-sama TAYT. tuan/puan boleh juga hadir tanpa memaklumkan kepada kami : boleh walk in kerana kami hanya membantu menyediakan peluang dan ruang untuk semua orang melaksanakan amalan sunnah ini. Tetapi kenalah menepati masa yang telah diaturkan oleh pihak kami. Kami alu-alukan seramai mana penyertaan dari tuan/puan. boleh datang 1 bas pun tak apa....kami terima, sukarelawan kami (TAYT) dan surau Al-Ikhlas sudah sedia bertugas...menyambut anda semua...

kami menghadkan sumbangan serendah RM1.00- 2.00 kerana ramai yang akan hadir dan jika 10 orang mengusap rambut anak2 ini, maka mereka akan dapat RM10.00, itu sudah cukup besar bagi anak2 ini. kami bercadang memberikan sumbangan kepada ibu mereka yang akan menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelbagai perkara.

sekian,

MARILAH BERSAMA-SAMA MERAIKAN MEREKA....

wassalam.

yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS
(PENGASAS TAYT)
162263219173

Thursday, November 25, 2010

Fri, November 26, 2010 12:16:22 AMPELAWAAN WAKAF : QURAN/REHAL/SEJADAH/AL-MATHURAT

Salam,

para dermawan sekalian,

Terdapat 14 buah sekolah tahfiz/agama/pusat pengajian di Perak yang sedang mencari sumbangan untuk wakaf quran, rehal, sejadah dan al-mathurat. Setiap sekolah dan pusat pengajian itu mempunyai tenaga pengajar yang terdiri daripada ustaz-ustaz yang merupakan pelajar-pelajar saya di IPG Kampus Pendidikan Islam. Mereka merupakan ustaz senior yang melanjutkan pelajaran secara Kursus Dalam Cuti di tempat saya mengajar dan kursus mereka selama 4 tahun. Ustaz-ustaz ini telah mengenalpasti kekurangan quran/rehal/sejadah dan al-mathurat di sekolah mereka dan juga di pusat-pusat pengajian mereka. kadar penggunaan quran dan rehal /sejadah serta mathurat adalah di peringkat maksimum iatu penggunaan setiap hari untuk pembelajaran.

sehubungan itu jika para dermawan berminat untuk mewakafkan keperluan di atas, keperluannya adalah seperti berikut:-


1. 260 quran (RM30.00 senaskhah)
2. 150 rehal (RM40.00 sebuah)
3. 50 sejadah (RM30.00 sehelai)
4. 50 al-mathurat (RM3.50 senaskhah)
5. 150 yassin ( telah diwakafkan oleh seseorang individu - habis)

harga di atas ialah harga selepas diskaun yang diberikan oleh penerbit dan termasuk kos hantar dan urus sehingga sampai ke sekolah tersebut. Harga di pasaran adalah lebih mahal, misalnya harga quran yang sama di pasaran ialah RM53.90 tidak termasuk kos hantar dan urus. Wakaf ini diurus menggunakan sistem door to door service.

penghantaran akan dibuat mulai 16 Disember 2010


untuk makluman TAYT telah berjaya membantu hampir 40 buah sekolah agama/tahfiz di seluruh Malaysia mendapatkan bekalan quran dan rehal secara wakaf. boleh lihat gambar2 di Facebook mahawa pilus.

sekian.

MAHAWA PILUS
016-3283909

Tuesday, November 23, 2010

Muharram bakal menjelma. Mari bersama TAYT menjalankan ibadah sunnat.

Salam,

para sahabat sekalian,

MUHARRAM - RASAKAN KEHADIRANNYA, LAKSANAKAN AMALAN SUNNAHNYA,

Muharram akan tiba sedikit hari lagi...mari lihat amalan2 sunatnya....Insya-Allah TAYT akan mengadakan beberapa aktiviti bagi memudahkan sahabat-sahabat bersama-sama menjayakan ibadah sunat.....

emel ini dihantar sebagai peringatan awal, agar tidak ketinggalan merebut peluang yang diberikan Allah.

1 muharram = 7 Disember 2010 (selasa)
10 muharram = 16 Disember 2010 (khamis)

TAYT akan mengadakan pelbagai aktiviti - antaranya:-

1. mengusap kepala anak yatim - {anak-anak yatim akan dibawa ke surau al -ikhlas)
2. memberi makan orang berbuka puasa - 70 anak yatim fakir dari yayasan Kurshia telah dipilih untuk menerima juadah berbuka puasa.
3. memuliakan fakir miskin : - beberapa keluarga fakir miskin dijemput ke surau al-ikhlas
untuk diraikan.
4. bersedekah : - bantuan barang dapur & wang tunai akan diberikan kepada balu/fakir miskin - mereka akan dibawa ke surau al-ikhlas.


AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, November 17, 2010

PENGHANTARAN DERMA AIR KE Pusat Bantuan Banjir





















salam,

dilampirkan gambar2 penghantaran air bersih - sukarelawan TAYT berbaju kelabu, namanya Tuan Haji Yatim - dikenali sebagai cikgu Yatim.

perhatikan gambar betul2, hanya pakaian terpakai sahaja yang berlonggok2, air datang dari TAYT (anda semualah tu....)

malam ni beras pula dihantar. 3 lori air, 1 van beras....

jumlah sumbangan sehingga emel ini ditulis : 652 kotak air (RM4890.00)
100 paket lebih beras (RM2936.00)

sumbangan dihantar ke pusat banjir dan juga ke sekolah MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH BERANG, yang baru diziarah tadi, rosak teruk...jadi sebahagian sumbangan diserahkan untuk kegunaan pelajar2 sekolah tersebut.


terima kasih.

yang benar

MAHAWA BINTI PILUS.
(PENGASAS TAYT)

Tuesday, November 9, 2010

Sumbangan Mangsa Banjir Alor Setar

Salam,

para dermawan,

Semua sumbangan untuk air ditutup hari ini (10 November 2010), kerana keperluan lain pulak yang dilihat oleh sukarelawan....beras atau barang keperluan lain (makanan kering/tin dll) - semua barang dibeli dari Kedah....lori bergerak ke sana pada 13 Nov...masih sempat kepada sesiapa yang ingin menderma. semua derma yang saya terima selepas ini akan disalurkan untuk beras dan keperluan lain....

sekian.

terima kasih
Hajah Mahawa

p/s : saya tak kenal semua dermawan, jadi sesiapa yang kenal tolong sebarkan kepada mereka yang telah menyumbang....supaya mereka tahu sumbangan mereka sampai ke tangan yang berhak seperti yang mereka niatkan...

Segera ! Bantuan Air Bersih untuk Mangsa Banjir Alor Setar.

Salam,

sesiapa yang berhajat untuk bersedekah drinking water kepada :-

PENERIMA : MANGSA BANJIR ALOR SETAR - DI PUSAT BANTUAN BANJIR
JUMLAH MANGSA : 20 RIBU ORANG
KEPERLUAN : AIR BERSIH (DRINKING WATER/MINERAL)

SEDEKAHKAN :

1 KOTAK DRINIKING WATER 500 ML DENGAN HARGA RM7.50 SEKOTAK - ADA 24 BOTOL DALAM SATU KOTAK.

PENGHANTARAN DAN URUS SAMPAI DISERAHKAN DENGAN SERAHAN TANGAN KEPADA MANGSA BANJIR = SUKARELAWAN TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN CAWANGAN KULIM.

KOS PENGHANTARAN (LORI), TENAGA DLL = PERCUMA (DITANGGUNG OLEH SUKARELAWAN TAYT)

TARIKH HANTAR : ESOK - 10 NOV (RABU)


MAHAWA PILUS (PENGASAS TAYT - 0163283909)

TERIMA KASIH

Sunday, November 7, 2010

Wakal Al-Quran dan Rehal untuk Tahfiz
















Salam,

300 ratus naskhah Al-Quran telah dihantar untuk diwakafkan ke Institut Tahfiz Quran Negeri -Sembilan.

Terdapat 2 jenis gambar dimana gambar sejadah dan gambar quran yang di dalam kereta ialah wakaf yang telah dilaksanakan Ramadhan dulu untuk sekolah tahfiz di Kelang, sekolah ini memerlukan quran sebesar dairi.

Projek wakaf quran ini memang mendapat sambutan dan banyak sekolah tahfiz memohon untuk mendapatkan quran,rehal wakaf.

Ini merupakan sekolah yang ke-21 projek wakaf yang dilaksanakan bersama bantuan dan sokongan kawan-kawan, hanya 2 buah untuk surau, yang lainnya untuk sekolah kerana penggunaan mereka amat maksimum.

Pada masa dahulu kami mewakafkan quran yang berharga RM15.00 tetapi memandangkan kekerapan penggunaan, jangka hayat quran tersebut hanya bertahan 1-2 tahun sahaja. Oleh itu, ini adalah kali ke-2 saya mencuba untuk memberikan yang terbaik agar dapat dimanfaatkan dengan lebih lama.


Details :

QURAN: (RM30.00 senaskah termasuk kos urus dan hantar)

1. saiz : A4.
2. jenis kertas cetakan diimport dari jepun. Penjilidan menggunakan jahitan, bukan gam.
3. kulit tebal dan cantik.
4. jangka hayat (dengan penggunaan ramai dan kerap) : 3-5 tahun
5. keperluan inst : 300 lebih naskhah - yang dihantar cuma 300 kerana tiada budget.
6. penerima : Inst. tahfiz Quran Negeri Sembilan.

REHAL (RM40.00 sebuah termasuk kos urus dan hantar)

1. saiz : lebih besar dari A4 - sesuai untuk quran dan penulisan nota serta pembelajaran menggunakan kitab.
2. warna : kuning
3. Jenis kayu : kayu getah berkualiti.
4. Jangka hayat (dengan penggunaan ramai dan kerap) : 6 tahun.
5. kegunaan lain : sebagai meja belajar dan mencatat nota.
6. keperluan : 300 buah (belum dihantar/dibeli - tiada budget)
7. penerima : Inst Tahfiz Quran Negeri Sembilan.

semoga pembaca semua dapat mewar-warkan kepada rakan-rakan dan sahabat yang berminat.

harga rehal di luar : RM45 (tak termasuk kos hantar)
harga quran di luar : RM35 (termasuk kos hantar)

terima kasih:

Yang benar,
Hajah Mahawa Pilus.
016-3283909

Derma Ramadhan untuk OKU

























































































































Salam,

Para dermawan sekalian,

dimajukan gambar dan aktiviti TAYT yang membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di beberapa tempat di Kuala Lumpur. TAYT telah mendapat kerjasama dari TNB (Bahagian Sumber) dan mereka turun padang melihat sendiri nama-nama keluarga yang selama ini dibantu oleh TAYT (dengan tenaga sukarelawan yang amat terhad) -

alhamdulillah...program ini berjalan lancar dan telah disempurnakan lawatan dan sumbangan pada 2 september yang lalu...

terima kasih kepada dermawan dan sukarelawan TAYT/TNB.


SEMOGA USAHA INI DITERIMA ALLAH DAN DERMAWAN SEMUA BERPUAS HATI DENGAN LAPORAN RINGKAS DARI KAMI KERANA KAMI TIDAK MAMPU MEMBUAT LAPORAN YANG DETAIL- kami kekurangan tenaga keran ramai sangat yang perlu dibantu dan sukarelawan kini sangat diperlukan.

sekian.