Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, December 22, 2010

PENAJAAN PAKAIAN & KEPERLUAN SEKOLAH SERTA KEBAJIKAN ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
















Tarikh : 11.12.10
Masa : 3.00 petang
Tempat : Rumah PPRT Tampin.
Bilangan pelajar yang menerima bantuan : 27 orang.

gambar dan info yang lebih lengkap boleh dilayari di facebook MAHAWA BINTI PILUS
@ emel maya2abd@yahoo.com.my

Gambar Shopping Baju Sekolah TAYT











Ini ialah gambar-gambar pembelian pakaian sekolah untuk anak-anak yatim dan fakir miskin yang diuruskan oleh TAYT. Beberapa orang sukarelawan telah membantu tugas-tugas pembelian ini kerana ia mengambil masa hampir 1 minggu lebih.(3-10 Disember 2010)

pakaian ini dibeli dan akan diagihkan kepada kawasan-kawasan:-

1. TAYT TAMPIN
2. TAYT WANGSA MAJU
3. TAYT BANDAR BARU BANGI.

Lebih 90 orang anak yatim dan fakir miskin menerima bantuan pakaian ini yang terdiri daripada:-

- sepasang baju sekolah jenama Canggih
- sepasang kasut sekolah jenama BATA atau PALLAS
- sepasang stoking jenama Dunlop
- sehelai tudung jenama Canggih.
- sedikit peralatan alat tulis.

sebuah kedai peralatan sekolah UNIFORM GALLERY di Bandar Baru Bangi telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program BACK TO SCHOOL UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN oleh TAYT.

jazakillah

Sunday, December 19, 2010

PENAJAAN PAKAIAN & KEPERLUAN SEKOLAH SERTA KEBAJIKAN ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Salam,

Penggal persekolahan akan bermula pada januari 2011. Anak-anak yatim dan fakir miskin memerlukan kewangan yang banyak bagi menyediakan keperluan persekolahan serta kebajikan mereka. TAYT (TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN) telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini (lebih 80 orang) dengan membelikan pakaian sekolah sepersalinan seorang serta serba sedikit alat tulis dan juga membekalkan ibu/nenek/penjagan mereka sedikit wang tunai bagi membayar yuran PIBG serta buku-buku keperluan mereka. Kos pakaian, kasut dan peralatan tulis berjumlah anggaran RM120.00 - RM150.00 seorang mengikut saiz.

anak-anak ini merupakan anak yatim yang tidak tinggal di rumah kebajikan. keperluan mereka selalu terabai, terutama yang tinggal di bandar besar kerana kos hidup yang tinggi.
mohon jasa baik tuan/puan untuk membantu mereka bagi meringankan beban mereka.
sumbangan serendah RM1.00 diterima bagi membantu mereka.

sila hubungi saya melalui emel/telefon jika tuan/puan ingin menderma. Jangan lupa untuk memaklumkan jumlah yang tuan/puan bank in agar sumbangan tuan/puan dapat diberikan mengikut niat tuan/puan..

sila layari facebook MAHAWA PILUS atau blog saya http://tabungtampinblogspot.com untuk info dan gambar terkini.

sekian, semoga dapat perhatian tuan/puan.

yang benar,

MAHAWA PILUS.
016-3283909
(pengasas TAYT)

Tuesday, December 7, 2010

IBADAH QORBAN BERSAMA TAYT



IBADAH QORBAN BERSAMA TAYT.
Tempat : Rumah Anak Yatim Qursyia, Bogor, Indonesia
Jumlah anak yatim : 72 orang
Tarikh ibadah qorban : 10 Zulhijjah 1431/17 November 2010.
Sukarelawan bertugas : Ustaz Agus.

Gambar Al-Quran Yang Diwaqafkan ke Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh















































SALAM,

Ini gambar sumbangan wakaf dari dermawan untuk INSTITUT TAHFIZ QURAN GEMENCHEH (ITQAN)

Penerima : pelajar-pelajar tahfiz ITQAN
jumlah quran yang diwakafkan : 300 naskhah
tarikh penerimaan : seminggu selepas hari raya Aidil Fitri
Diurus oleh ; Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin (TAYT)
Dana : dari sahabat/ahli keluarga /hamba Allah yang tidak dikenali.


sekian.

Sunday, December 5, 2010

MAJLIS PENYERAHAN QURAN WAKAF DLL





















































Salam,

kepada semua dermawan,

dengan diiringi doa dari semua penerima quran. rehal,yaasin dan al-matsurat. mereka mendoakan tuan/puan dirahmati Allah dan mendapat keberkatan.

untuk makluman :

nama majlis : MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MUSHAF DAN YAASIN
tempat ; IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BDR BARU BANGI
tarikh : 4 Dec 2010.
PENERIMA : 14 BUAH SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) /PUSAT PENGAJIAN PONDOK DAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DI PERAK.

JUMLAH QURAN YANG DIWAKAFKAN : 261 BUAH
yaasin = 131 naskhah
rehal : 50
al-matsurat = 50
sejadah = masih belum diserahkan kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. hanya ada 5 helai daripada 50 yang diperlukan.

memandangkan masih ada yang memerlukan, sumbangan terutama rehal. al-matsurat dan yaasin akan ditambah lagi.

sekian. saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumabanagn dan keperihatinan dan sokongan puan terhadap TAYT.

salam dan doa dari semua ustaz/ah saya (pelajar-pelajar saya)

mohon layari facebook saya MAHAWA PILUS untuk gambar-gambar yang lebih jelas.
tolong juga forward gambar dan info ini kepada kawan-kawan lain yang telah menyumbang kerana saya tak mengenali semua dermawan.....