Powered by Blogger.
RSS

Monday, January 17, 2011

Wakaf Al-Quran untuk Sekolah-Sekolah Agama di Kota Kinabalu












SETAHUN SUDAH BERLALU.... QURANMU MASIH BASAH DI BIBIR PARA TAHFIZ & PELAJAR MATRI PERLIS.

22 Disember 2010 yang lalu, saya telah sempat menziarahi MAAHAD TARBIAH AL-ISLAMIYAH (MATRI) sebuah sekolah agama di Perlis yang diasaskan oleh Al-Fadhil Datuk Ustaz Dahlan (Alllahyarham).

Saya disambut oleh ustaz Khairul dan dibawa melihat 1230 +++ quran yang pernah para dermawan sumbangkan pada tahun lalu. Ini adalah kali kedua saya membuat lawatan mengejut ke sekolah ini untuk melihat sejauhmanakah quran yang diwakafkan digunakan oleh penerimanya.

Alhamdulillah, pihak pentadbir telah menempah rak khas untuk meletakkan quran ini dan setiap pagi quran ini dibaca secara beramai-ramai oleh lebih 1000 orang pelajarnya. setiap quran wakaf ini mempunyai seorang pembaca khusus yang membaca, menjaga quran ini, ada no siri dan didaftarkan atas nama pelajar tersebut. alhamdulillah....tuan/puan boleh melihat sendiri quran yang diwakafkan. namun demikian, kini TAYT mewakafkan quran yang bermutu tinggi untuk menjamin jangka hayat yang lebih panjang agar dapat digunakan lebih lama lagi dan lebih ramai pengguna dapat memanfaatkannya.....

terima kasih...pahala sentiasa mengalir bagi mereka yang pernah mewakafkan quran ini.

TAHUN 2011.

PROJEK WAKAF QURAN TAYT akan terbang ke KOTA KINABALU, NEGERI DI BAWAH BAYU....sebarang pertanyaan sila emel : maya2abd@yahoo.com.my atau hubungi 016-3283909

Saturday, January 8, 2011

MAJLIS BERSAMA ANAK YATIM DI HARI ASSYURA'















TARIKH : 10 Muharram 1432 (16 Disember 2010)

TEMPAT : Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

MASA : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

KEHADIRAN :

  • Anak Yatim 25 orang
  • Anak Fakir Miskin 30 orang
  • Balu & asnaf -= 12 orang
  • 30 orang = tetamu.

AKTIVITI :

  • selawat
  • usap kepala anak yatim (amalan sunnah)
  • sedekah pada anak yatim dan fakir miskin (amalan sunnah)
  • cabutan bertuah
  • sumbangan untuk balu dan asnaf (amalan sunnah)
  • memberi makanan untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa (makanan dibekalkan/dibawa pulang) untuk yang berpuasa
    jamuan.

Ramai yang memohon agar majlis ini perlu dibuat secara lebih besar dan jemputan perlu lebih ramai pada tahun depan.

Ini merupakan pertama kali acara ini diadakan di surau ini dan surau-surau sekitar bandar baru bangi. ,majlis amat meriah dan sangat teruja dan menggembirakan...anak-anak yatim pulang dengan wang tunai antara RM60-80 seorang, ada juga cenderamata berupa makanan dan alat tulis.

Bagi asnaf mereka kembali ke rumah dengan wang bantuan persekolahan anak-anak serta hadiah beg tangan/solat dari seorang sahabat yang menaja hadiah