Powered by Blogger.
RSS

Thursday, August 18, 2011















































Wednesday, August 17, 2011

JADUAL PENGAGIHAN (TELAH DISERAHKAN & DALAM PROSES PENGAGIHAN)








Nota : Sekiranya kutipan berlebih, mohon keizinan untuk dibelanjakan bagi membiayai anak-anak yatim & fakir miskin selepas Ramadhan.

Pengagihan sumbangan berbuka puasa bagi anak yatim dan asnaf (Di bawah TAYT)

Assalamualaikum wm wbt.

kepada para penderma yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, terima kasih kerana menyokong usaha TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) untuk meringankan bebanan golongan yatim dan asnaf dalam menghadapi Ramadhan yang berkat ini. Untuk makluman para penderma, saya lampirkan jadual pelaksanaan agihan barang-barang derma yang TAYT sampaikan melalui sumbangan yang telah tuan/puan berikan. Hampir semua perancangan TAYT berjaya dilaksanakan kecuali ada 1,2 kawasan yang datang senarainya agak lewat atau terlalu ramai asnaf di kawasan tersebut menyebabkan sumbangan masih belum dapat dihantar ke kawasan yang memerlukan. Mohon tuan/puan teliti jadual pelaksanaan di bawah. TAYT masih lagi membuka peluang untuk bersedekah kerana ada kawasan yang masih menanti sumbangan dari orang ramai.

SUMBANGAN MASIH DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 28 RAMADHAN

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, YANG MAHA MEMBERI REZEKI, YANG MAHA KAYA, ANUGERAHKANLAH IMAN YANG KAMIL, TUBUH YANG SIHAT, REZEKI YANG MELIMPAH-LIMPAH DARI KHAZANAH DUNIA , KELAPANGAN MASA SERTA HADIAHKANLAH LAILATUR QADAR, DAN ANUGERAHKANLAH SYURGA FIRDAUS KEPADA SEMUA PENDERMA DAN SUKARELAWAN TAYT.

Kepada semua SUKARELAWAN TAYT - Projek ini tidak mampu dilaksanakan tanpa bantuan ALLAH dan tanpa keikhlasan saudara kepada ALLAH swt, sentiasa turun padang tanpa sebarang bayaran dari saya atau TAYT. semoga ALLAH MERAHMATI anda semua. JAZAKALLAH KHAIRAN KHATHIRA.

kepada sahabat-sahabat yang mengenali atau tahu emel penderma, tolong panjangkan emel ini kepada mereka kerana saya tidak mengenali semua penderma. maklumkan bahawa sumbangan mereka sudah sampai kepada penerimanya.

yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS,
016-3283909
(PENGASAS TAYT)

Tuesday, June 28, 2011

MEREBUT KEBERKATAN RAMADAHAN BERSAMA



Salam,

para dermawan sekalian,

ini adalah program ramadhan bersama anak yatim dan fakir miskin yang dianjurkan oleh TAYT. Jika saudara berhajat untuk menyertainya - sila hubungi saya di alamat emel ini atau tel no. 016-3283909. mohon diwar-warkan kepada sahabat dan handai taulan yang sama-sama ingin mencari keberkatan Ramadhan.

MEREBUT KEBERKATAN RAMADAHAN BERSAMA

TABUNG ANAK YATIM & FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT)

SUMBANGAN BERBUKA PUASA KEPADA ANAK YATIM, ASNAF SERTA PELAJAR-PELAJAR






Thursday, June 23, 2011

Beras Fidyah Diperlukan

salam,

para dermawan/sahabat/saudara seiman,


sekiranya ada di antara saudara/saudari ingin menyumbangkan beras fidyah tetapi tidak mampu untuk mengagihkannya, bolehlah disalurkan kepada TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) kerana kami mempunyai ramai golongan asnaf yang memerlukan. Boleh hubungi saya di talian 016-3283909 . terima kasih.



yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS
(pengasas TAYT)

Monday, May 2, 2011

REHAL UTK SEKOLAH TAHFIZ ALOR SETAR














Rehal digunakan pada

1. majlis bacaan Yassin pada malam Jumaat
2. majlis bacaan surah2 pilihan pada tiap2 malam selepas solat Maghrib
3. Bacaan quran Kelas Kemahiran Quran (KKQ) dan Kelas Pengajian Quran (KPQ)

Tuesday, March 29, 2011

Infaq rehal untuk Sekolah Tahfiz di Alor Setar dan ITQAN di Gemencheh N.9

Salam , Saya ingin menyampaikan permohonan bantuan membeli rehal untuk dua sekolah tahfiz : 1. Sekolah Tahfiz di Alor Setar (Darul Ulood Al-Hilmiah) = 157 rehal x RM40 = RM6,280 2. Institut Tahfiz di Gemencheh (ITQAN) = 150 rehal x RM40 = RM6,000 Jumlah rehal diperlukan : 307 rehal x RM40 = RM12,280 Harga rehal : RM40.00 seunit (termasuk kos pengangkutan dengan lori) Kawan-kawan yang ingin menginfak rehal (seikhlasnya - sedikit atau banyak semua diterima dengan rasa syukur), boleh berhubung dengan Hajah Mahawa Pilus di talian :- 0163283909 dengan segera. Jazakillah, semuga Allah swt jua membalas sumbangan kawan-kawan semua

Monday, January 17, 2011

Wakaf Al-Quran untuk Sekolah-Sekolah Agama di Kota Kinabalu












SETAHUN SUDAH BERLALU.... QURANMU MASIH BASAH DI BIBIR PARA TAHFIZ & PELAJAR MATRI PERLIS.

22 Disember 2010 yang lalu, saya telah sempat menziarahi MAAHAD TARBIAH AL-ISLAMIYAH (MATRI) sebuah sekolah agama di Perlis yang diasaskan oleh Al-Fadhil Datuk Ustaz Dahlan (Alllahyarham).

Saya disambut oleh ustaz Khairul dan dibawa melihat 1230 +++ quran yang pernah para dermawan sumbangkan pada tahun lalu. Ini adalah kali kedua saya membuat lawatan mengejut ke sekolah ini untuk melihat sejauhmanakah quran yang diwakafkan digunakan oleh penerimanya.

Alhamdulillah, pihak pentadbir telah menempah rak khas untuk meletakkan quran ini dan setiap pagi quran ini dibaca secara beramai-ramai oleh lebih 1000 orang pelajarnya. setiap quran wakaf ini mempunyai seorang pembaca khusus yang membaca, menjaga quran ini, ada no siri dan didaftarkan atas nama pelajar tersebut. alhamdulillah....tuan/puan boleh melihat sendiri quran yang diwakafkan. namun demikian, kini TAYT mewakafkan quran yang bermutu tinggi untuk menjamin jangka hayat yang lebih panjang agar dapat digunakan lebih lama lagi dan lebih ramai pengguna dapat memanfaatkannya.....

terima kasih...pahala sentiasa mengalir bagi mereka yang pernah mewakafkan quran ini.

TAHUN 2011.

PROJEK WAKAF QURAN TAYT akan terbang ke KOTA KINABALU, NEGERI DI BAWAH BAYU....sebarang pertanyaan sila emel : maya2abd@yahoo.com.my atau hubungi 016-3283909

Saturday, January 8, 2011

MAJLIS BERSAMA ANAK YATIM DI HARI ASSYURA'















TARIKH : 10 Muharram 1432 (16 Disember 2010)

TEMPAT : Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

MASA : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

KEHADIRAN :

  • Anak Yatim 25 orang
  • Anak Fakir Miskin 30 orang
  • Balu & asnaf -= 12 orang
  • 30 orang = tetamu.

AKTIVITI :

  • selawat
  • usap kepala anak yatim (amalan sunnah)
  • sedekah pada anak yatim dan fakir miskin (amalan sunnah)
  • cabutan bertuah
  • sumbangan untuk balu dan asnaf (amalan sunnah)
  • memberi makanan untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa (makanan dibekalkan/dibawa pulang) untuk yang berpuasa
    jamuan.

Ramai yang memohon agar majlis ini perlu dibuat secara lebih besar dan jemputan perlu lebih ramai pada tahun depan.

Ini merupakan pertama kali acara ini diadakan di surau ini dan surau-surau sekitar bandar baru bangi. ,majlis amat meriah dan sangat teruja dan menggembirakan...anak-anak yatim pulang dengan wang tunai antara RM60-80 seorang, ada juga cenderamata berupa makanan dan alat tulis.

Bagi asnaf mereka kembali ke rumah dengan wang bantuan persekolahan anak-anak serta hadiah beg tangan/solat dari seorang sahabat yang menaja hadiah