Powered by Blogger.
RSS

Sunday, April 15, 2012

DERMA PEMBANGUNAN SURAU AL -IKHLAS BANDAR BARU BANGI






Assalamualaikumwm wbt,

sahabat-sahabat dan para dermawan yang dirahmati Allah,

Surau Al-Ikhlas Seksyen 4 Tambahan memerlukan bantuan kewangan untuk membaiki surau yang sudah uzur. Proses pembinaan sedang giat dijalankan walaupun dana masih tiadk mencukupi. Keperluan RM700.00 tetapi sehingga ini kami hanya memperoleh sekitar RM100 ribu tetapi pembinaan diteruskan juga dengan doa dan usaha agar Allah mencukupkan keperluan kami.

Pembinaan ini bukan sekadar membesarkan surau tetapi juga membina sebuah sekolah tahfiz untuk sekolah rendah yang bersambung dengan surau. RM700.00 di Bandar Baru Bangi bukanlah surau yang mewah, hanya sekadar selayaknya sebuah rumah sederhana kerana kos di sini tinggi.

kepada mereka yang telah menderma diucapkan ribuan terima kasih dan bolehlah lihat sendiri progress pembinaan surau ini di dalam gambar yang saya lampirkan. Jkka berhajat untuk menambah sumbangan, amat dialu-alukan.



bagi yang belum menderma dan berhajat berbuat demikian bolehlah menghubungi saya.

tuan/puan juga boleh membantu saya memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan/sahabat/ahli keluarga agar usaha mendapatkan dana lebih cepat. kami amat memerlukan surau ini sebelum Ramadahan menjelma.

semoga usaha dan derma tuan/puan akan menjadi amal soleh yang diterima ALLAH swt.

terima kasih.

MAHAWA BINTI PILUS.
Pengerusi Dewan Muslimat,
Surau Al-Ikhlas,
Bandar Baru Bangi.
016-3283909