Powered by Blogger.
RSS

Sunday, November 28, 2010

Sat, November 27, 2010 4:24:25 PMJEMPUTAN :MERAIKAN ANAK YATIM (USAP KEPALA)

Salam

para dermawan/sahabat sekalian.

salah satu amalan sunat pada 10 Muharam ialah menyapu kepala/rambut anak-anak yatim. Untuk mencari anak yatim mungkin agak sukar kerana kebanyakan yang ada di rumah anak yatim bukan lagi anak yatim, kebanyakannya sudah melepasi usia baligh. Untuk memudahkan amalan sunnah ini, saya dan TAYT (Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin) dengan kerjasama muslimat surau Al-Ikhlas seksyen 4 Bandar Baru Bangi akan mengumpulkan anak-anak yatim di surau kami. Jumlahnya seramai 25 orang (anggaran). sehubungan itu, tuan/puan boleh turut sama dalam majlis ini kerana memang diatur agar masanya ialah pada waktu "lunch time" supaya memberi ruang kepada mereka yang bekerja turut sama melaksanakan ibadah ini. atur cara adalah seperti di bawah:-

MAJLIS MERAIKAN ANAK YATIM SEMPENA 10 MUHARRAM

Tarikh : 10 Muharam (16 Disember 2010)
Tempat : Surau Al-Ikhlas sekysen 4 bandar baru bangi
Masa : 11.30 pagi - 2.00 petang (tamat sebelum solat zohor)

Atur cara majlis :

11.30 pagi : kedatangan anak yatim (anggaran 25 orang)
12.00 t/hari : ucapan/kata-aluan/taklimat perjalanan majlis
12.05 t/hari
- upacara/aktiviti mengusap rambut anak yatim
- penyampaian cenderamata utk anak yatim
- penyampaian sumbangan wang tunai utk balu dan fakir
miskin
12.40 t/hari : jamuan ringan

1.10 t/hari : solat zohor
bersurai

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYERTAI ACARA INI?

1. Semasa hadir, sila bawa RM1.00 atau RM2.00 untuk disedekahkan kepada setiap orang anak yatim. (jika mampu masukkan dalam 25 sampul - macam hari raya atau beri tanpa sampul pun tidak apa)
2. kamia akan atur anak2 ini agar berbaris dan penderma juga akan berbaris agar apabila anak-anak ini berjalan, semua orang dapat giliran memberikan sumbangan dan mengusap rambut mereka. sewaktu mengusap rambut anak-anak ini, hulurkan sumbangan anda.

3. jika berhajat untuk sedekah lain.

3.1 TAYT menyediakan hadiah yang berupa stoking dan alat tulis untuk memulakan persekolahan kepada 25 orang anak ini, jadi jika ingin menyumbang masukkan dalam kotak yang kami sediakan. Nilai sedekah tidak ditetapkan , ikut ikhlas, walaupun RM1.00 diterima.

3.2 TAYT juga akan menyampaikan sumbangan RM150.00 - RM200.00 kepada balu dan fakir miskin yang dijemput. Tujuaannya untuk mengamalkan amalan sunnah iaitu bersedekah kepada fakir miskin pada 10 Muharaam dan ini akan membantu mereka bersedia untuk perbelanjaan sekolah anak mereka pada tahun depan. Dijangkakan seramai 12 orang balu/fakir miskin akan hadir. TAYT sudah sediakan wang dalam sampul, sekiranya tuan/puan ingin menyumbang, masukkan saja wang dalam kotak yang kami sediakan, ikut keikhlasan tuan/puan.


NOTA : BAGI PERKARA 3 (3.1 & 3.2) pihak kami tidak memaksa - terpulang kepada sesiapa yang ingin menambah amal. semua wang yang terkumpul akan digunakan untuk keperluan/kebajikan anak yatim dan fakir miskin.

sila maklumkan jika tuan/puan ingin hadir bersama-sama TAYT. tuan/puan boleh juga hadir tanpa memaklumkan kepada kami : boleh walk in kerana kami hanya membantu menyediakan peluang dan ruang untuk semua orang melaksanakan amalan sunnah ini. Tetapi kenalah menepati masa yang telah diaturkan oleh pihak kami. Kami alu-alukan seramai mana penyertaan dari tuan/puan. boleh datang 1 bas pun tak apa....kami terima, sukarelawan kami (TAYT) dan surau Al-Ikhlas sudah sedia bertugas...menyambut anda semua...

kami menghadkan sumbangan serendah RM1.00- 2.00 kerana ramai yang akan hadir dan jika 10 orang mengusap rambut anak2 ini, maka mereka akan dapat RM10.00, itu sudah cukup besar bagi anak2 ini. kami bercadang memberikan sumbangan kepada ibu mereka yang akan menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelbagai perkara.

sekian,

MARILAH BERSAMA-SAMA MERAIKAN MEREKA....

wassalam.

yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS
(PENGASAS TAYT)
162263219173

No comments: