Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, August 17, 2011

Pengagihan sumbangan berbuka puasa bagi anak yatim dan asnaf (Di bawah TAYT)

Assalamualaikum wm wbt.

kepada para penderma yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, terima kasih kerana menyokong usaha TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) untuk meringankan bebanan golongan yatim dan asnaf dalam menghadapi Ramadhan yang berkat ini. Untuk makluman para penderma, saya lampirkan jadual pelaksanaan agihan barang-barang derma yang TAYT sampaikan melalui sumbangan yang telah tuan/puan berikan. Hampir semua perancangan TAYT berjaya dilaksanakan kecuali ada 1,2 kawasan yang datang senarainya agak lewat atau terlalu ramai asnaf di kawasan tersebut menyebabkan sumbangan masih belum dapat dihantar ke kawasan yang memerlukan. Mohon tuan/puan teliti jadual pelaksanaan di bawah. TAYT masih lagi membuka peluang untuk bersedekah kerana ada kawasan yang masih menanti sumbangan dari orang ramai.

SUMBANGAN MASIH DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 28 RAMADHAN

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, YANG MAHA MEMBERI REZEKI, YANG MAHA KAYA, ANUGERAHKANLAH IMAN YANG KAMIL, TUBUH YANG SIHAT, REZEKI YANG MELIMPAH-LIMPAH DARI KHAZANAH DUNIA , KELAPANGAN MASA SERTA HADIAHKANLAH LAILATUR QADAR, DAN ANUGERAHKANLAH SYURGA FIRDAUS KEPADA SEMUA PENDERMA DAN SUKARELAWAN TAYT.

Kepada semua SUKARELAWAN TAYT - Projek ini tidak mampu dilaksanakan tanpa bantuan ALLAH dan tanpa keikhlasan saudara kepada ALLAH swt, sentiasa turun padang tanpa sebarang bayaran dari saya atau TAYT. semoga ALLAH MERAHMATI anda semua. JAZAKALLAH KHAIRAN KHATHIRA.

kepada sahabat-sahabat yang mengenali atau tahu emel penderma, tolong panjangkan emel ini kepada mereka kerana saya tidak mengenali semua penderma. maklumkan bahawa sumbangan mereka sudah sampai kepada penerimanya.

yang benar,

MAHAWA BINTI PILUS,
016-3283909
(PENGASAS TAYT)

No comments: