Powered by Blogger.
RSS

Sunday, February 26, 2012

BASIKAL LAMA BASIKAL BARU - DIPERLUKAN SEGERA!

assalamualaikum,

sahabat seiman,

basikal lama, basikal baru - DIPERLUKAN SEGERA! - sekiranya sahabat-sahabat sekitar bandar baru bangi, kajang dan kawasan berdekatan mempunyai basikal lama yang masih baik dan boleh digunakan (atau basikal baru) untuk disedekahkan kepada 43 pelajar Madrasah At-Taqwa, Kg Punggor, Alor Gajah Melaka. mereka memerlukan basikal untuk beriadah. semua pelajar ini terdiri daripada pelajar miskin dari Kedah, Kuantan yang belajar di madrasah yang terletak di Melaka. berhampiran kampung saya.

insya-Allah saya akan kumpulkan di surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan dan akan dihantar melalui van/lori ke madrasah tersebut semasa cuti sekolah nanti. mohon berurusan semasa cuti sekolah bulan Mac.

keperluan sekitar 15-20 buah basikal.

basikal yang sesuai untuk pelajar berumur 10 tahun ke atas.

sekian.

yang mewakili hasrat hati anak-anak ini...

MAHAWA BINTI PILUS - 016-3283909
(pengasas Tabung Anak Yatimd dan Fakir Miskin Tampi - TAYT)

No comments: