Powered by Blogger.
RSS

Friday, March 30, 2012

Tempahan Baju Kurung

Salam,

saya ingin mencadangkan kepada sesiapa yang ingin menempah baju (sama ada baju kurung atau baju fesyen) agar menempahnya dari seorang asnaf saya yang mahir menjahit baju. Asnaf ini menjahit baju untuk butik tetapi upahnya adalah sangat sedikit dan dia memerlukan perbelanjaan untuk menampung keperluan anak-anaknya.

sesiapa yang tinggal di sekitar bandar baru bangi, kajang, dan kawasan berhampiran bolehlah memberi peluang untuk asnaf ini mendapatkan sumber pendapatan. Dia mahu berusaha sendiri dan saya sangat hormat dengan keputusannya. Kita boleh bantu dengan memberi dia peluang menjahit pakaian kita.

saya pernah mencuba beberapa pasang dan alhamdulillah, potongan dan jahitannya bagus (menurut keselesaan saya) dan harga sepasang baju kurung = RM40.00 (tanpa lining)

berilah peluang kepada asnaf saya ini.

nama : Puan Maslidah
no tel : 0166229415
rumah : council home, seksyen 6 Bandar Baru Bangi

No comments: