Powered by Blogger.
RSS

Thursday, May 17, 2012

PENGUMPULAN WANG SYUBAHAT @ INTEREST BANK UNTUK MEMBINA SUSUR GAJAH

Salam,







Kepada sahabat-sahabat dermawan sekalian,






sebuah pusat pengajian islam yang mempunyai pelajar sekitar 1000 orang menghadapi kesulitan kerana terpaksa melalui laluan yang tidak berbumbung dan basah ketika hari hujan dari asrama ke bilik kuliah. saya mencadangkan jika ada sesiapa yang sudi melupuskan wang dividen/syubahat/interest bank untuk tujuan PEMBINAAN SUSUR GAJAH di pusat pengajian tersebut saya sangat berbesar hati untuk mengumpulkannya dan membina susur gajah tersebut.






pengalaman saya di sebuah sekolah 2 tahun lalu saya berjaya (dengan izin Allah) mengumpulkan wang dividen/syubahat/interest bank dalam tempoh 1 minggu dan berjaya membina sebuah susur gajah yang berharga RM40,000.00. sekarang susur gajah itu digunakan seramai lebih dari 1000 pelajar setiap hari.


mungkin tuan/puan berasakan bahawa tidak ada pahala untuk bersedekah dengan menggunakan wang tersebut, saya telah berbincang dengan beberapa orang guru agama yang pengkhususannya ialah bidang syariah. dan saya berasa sangat gembira kerana pahala yang lebih besar menanti kita kerana SA MIK NA WA ATOK NA (aku dengar aku patuh) - maka melupuskan wang syubahat tersebut adalah memenuhi perintah Allah, maka tidak kah Allah nampak kepatuhanan kita? Kita sedang berusaha menjadi hamba yang ber TAQWA. Alhamdulillah..






sekiranya tuan/puan hendak melihat susur gajah yang telah saya dan rakan-rakan usahakan dengan bantuanNya, bolehlah hubungi saya. Saya akan bawa melihat sendiri. sekitar bandar baru bangi sahaja.






Mohon tuan/puan memanjangkan hajat pelajar2 (kepada sahabat/ahli keluarga) ini yang sudah bertahun-tahun basah untuk ke kelas bila hari hujan dan berpanas ketika panas terik. Mohon jasa baik, fikir-fikir dan bertindaklah hari ini.






untuk penjelasan sila hubungi saya sendiri.






MAHAWA PILUS


Pengerusi Dewan Muslimat


Surau Al-Ikhlas


Bandar Baru Bangi.


016-3283909

1 comment:

Anonymous said...

Merkur Fisq | Merkur Fisq - deccasino.com
Merkur Fisq, Merkur Futur 34C, Double Edge Safety Razor, Straight 메리트 카지노 Guard, German, Matte Finish, Non-adjustable, 제왕카지노 Bakelite 바카라 사이트 - Chrome.