Powered by Blogger.
RSS

Sunday, December 19, 2010

PENAJAAN PAKAIAN & KEPERLUAN SEKOLAH SERTA KEBAJIKAN ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Salam,

Penggal persekolahan akan bermula pada januari 2011. Anak-anak yatim dan fakir miskin memerlukan kewangan yang banyak bagi menyediakan keperluan persekolahan serta kebajikan mereka. TAYT (TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN) telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini (lebih 80 orang) dengan membelikan pakaian sekolah sepersalinan seorang serta serba sedikit alat tulis dan juga membekalkan ibu/nenek/penjagan mereka sedikit wang tunai bagi membayar yuran PIBG serta buku-buku keperluan mereka. Kos pakaian, kasut dan peralatan tulis berjumlah anggaran RM120.00 - RM150.00 seorang mengikut saiz.

anak-anak ini merupakan anak yatim yang tidak tinggal di rumah kebajikan. keperluan mereka selalu terabai, terutama yang tinggal di bandar besar kerana kos hidup yang tinggi.
mohon jasa baik tuan/puan untuk membantu mereka bagi meringankan beban mereka.
sumbangan serendah RM1.00 diterima bagi membantu mereka.

sila hubungi saya melalui emel/telefon jika tuan/puan ingin menderma. Jangan lupa untuk memaklumkan jumlah yang tuan/puan bank in agar sumbangan tuan/puan dapat diberikan mengikut niat tuan/puan..

sila layari facebook MAHAWA PILUS atau blog saya http://tabungtampinblogspot.com untuk info dan gambar terkini.

sekian, semoga dapat perhatian tuan/puan.

yang benar,

MAHAWA PILUS.
016-3283909
(pengasas TAYT)

No comments: