Powered by Blogger.
RSS

Sunday, June 17, 2012

PROGRAM BUKA PUASA UNTUK ASNAF

TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) akan meneruskan program tahunan kami iaitu buka puasa untuk asnaf. Golongan asnaf yang akan menerima sumbangan berbuka puasa ialah: anak yatim, fakir miskin, balu, mualaf, pelajar –pelajar, dan orang-orang yang memerlukan. Setiap keluarga akan diberikan satu bungkusan barangan makanan kering yang bernilai RM100.00 Barangan tersebut antara lainnya ialah : beras, gula, minyak, tepung, bihun, milo, gula, susu, kurma, ikan bilis dan beberapa barangan lagi. Agihan akan bermula pada 1 Ramadhan . Pengumpulan dana/sumbangan akan bermula sekarang. Sukarelawan TAYT sudah siap bersedia untuk bertugas. Jadual perancangan TAYT seperti di bawah:-

BIL
KAWASAN
JUMLAH
KELUARGA ASNAF
CATATAN
1.
Tampin & beberapa kampung sekitarnya
50
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Mariam & permbantu 2. Belum ada penaja
2
Bandar Baru Bangi & kawasan sekitarnya
Nota : Kemiskinan Bandar
40
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Khuzaimah & rakan-rakan. Belum ada penaja
3
Kota Bharu, Kelantan
35
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Salema Ahmad & pembantu2. Belum ada penaja
4
Bachok, Kelantan
40
Sukarelawan bertugas : Pn. Noor Hasni & Pakcik Ariffin. Belum ada penaja
5
Wangsa Maju, Kuala Lumpur,
Nota : Kemiskinan Bandar
15
Sukarelawan bertugas : Cikgu Siti Harlina
Telah ditaja oleh dermawan dari Kota Damansara
6
Bandar Tun Razak, Cheras.
Nota : Kemiskinan Bandar
30
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Marbiah & Hj Bunyamin. Belum ada penaja
7
Kulim, Kedah
25
Sukarelawan bertugas : Cikgu Mohd. Yatim & pembantu. Belum ada penaja
8
Melaka
25
Sukarelawan bertugas : Pn. Maimunah & pembantu. Belum ada penaja
9
Sik, Kedah
40
Sukarelawan bertugas : Ustaz Ismail Mahmud & pembantu. Belum ada penaja
10
Cambodia
50
Sukarelawan bertugas : Ustaz Fikri Soleh & pembantu. Belum ada penaja
11
Palastine
20
Sukarelawan bertugas : Pn. Hjh Mahawa & pembantu. Belum ada penaja
PENYELARAS PROGRAM/PENGASAS TAYT
PN. HJH MAHAWA PILUS: 016-3283909

No comments: